Friday, January 31, 2014

Bergotong Royong bersih bilik

Hari Jumaat yang indah lagi berekon, program bersih bilik gotong royong ramai2 dalam bilik masing2...penghuni boys n penghuni girls...tapi gambar cuma ada girls je..sorry lah kat boys sebab tak amik gambar korang skali...tak kuase akak nk naek kat asrama korang..maklum saja lah...korangnyer dressing seksa bangat dong!! kuikuikui...by the way no heart feeling okiess... peace no war :)
Pepatah kata...menyelam sambil minum air..
ni lah rupenye..siap mandikan bilik..tuan bilik lak mandi..hehe
Gonyoh Insyirah...gonyoh!! haha..rajin budak ni

bilik jauh.. terpaksa tadah baldi je..sian :(

dalam bilik dah sental...area koridor la pulak...gonyoh jgn tak gonyoh!!



Wednesday, January 22, 2014

Bergotong royong & Bersukaneka bersama Student UMT

18 Januari 2014 ~ 10am - Aktiviti hari minggu penuhkan masa lapang dengan bersihkan kawasan asrama....
                              2pm - bersukaneka laa plok...seronok u oulsss!!!!

Acara Pertama ~ Gotong Royong Bersih Kawasan Asrama








Acara Kedua ~ Sukaneka, tarik tali



Acara Terakhir ~ Penyampaian Hamper


Penat lawan tarik tali tu membuahkan hasil la jgk kat orang yang menang..huhu...dapat la hamper kecik..at least dapat jugak dari tak dapat langsung an...huhu...tapi yang penting...kita enjoy!!!!

Interface blog baru

Alhamdulillah...akhirnya siap juga touch up blog ni...nak kata cantik sangat idoq ler...tp sekurang-kurangnya berfungsi la berbanding dengan blog dulu...kan...huhuuhu perasan!

Ok, untuk pengunjung blog asrama ni...kalau nak download borang nak apply masuk asrama tengok belah kanan ea...ada butang download borang masuk asrama tp sebelum tu, intai-intai la jugak kat syarat dan kelayakan masuk tu yea...ok lah...chow dulu yea..as salam :)


Thursday, January 16, 2014

Sambutan Maulidur Rasul 1435 H

Dipagi Maulidur Rasul, acara perarakan tahun ini tergendala. Anak-anak Asdafa bersama-sama sepanduk masing-masing berkumpul di Dewan Serbaguna Asdafa sahaja. Cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi kami yang tercinta Rasulullah S.A.W walaupun hanya di dalam dewan.





Salam Maulidur Rasul :)



Thursday, September 30, 2010

Salam semua..

face book asrama telah dilancarkan... search : asrama Darul Falah

Monday, August 16, 2010

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum..

Maaf yang tidak terhingga buat tetamu yang melayari rumahdarulfalah.blogspot.com kerana tidak dapat update terkini blog ini.. insya-Allah kami cuba yang terbaik untuk anda...

Bagi yang ingin memberi sumbangan bagi berbuka dan sahur.. akaun bank adalah seperti berikut:-

Bank Islam Berhad Cawangan kuala Terengganu (BIMB)
Nama Akaun : Asrama Anak Yatim Darul Falah
No akaun: 130170100004679

Slip bank-in anda tulis nama dan alamat, faxkan kepada kami di no 09-6190668 
insya-Allah kami akan poskan resit rasmi secepat mungkin. TQ


Sunday, August 23, 2009

Permohonan untuk masuk ke Darul Falah

PERMOHONAN KEMASUKAN 2014

Permohonan untuk kemasukan ke asrama Darul Falah dibuka untuk tahun 2014. Syarat minimum untuk memasuki asrama ini iaitu:-

1. Kematian ayah atau kedua-duanya sekali.
2. Golongan yang berpendapatan rendah / susah / miskin tetapi ingin meneruskan persekolahan
3. Pengambilan bermula dari umur 10 tahun.

Borang permohonan boleh di muat turun dari laman web ini, borang fotostat juga diterima atau datang terus ke pejabat pentadbiran untuk berurusan.
Muat Turun Borang Permohonan:

Update borang untuk download dan print (copy dan paste kat address url)
http://www.scribd.com/doc/22941543/Borang-an-Masuk-Ke-Asrama-Darul-Falah


Sejarah PERKASA dan Darul Falah

Sejarah Persatuan kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu

Persatuan Kebajikan Islam Terengganu atau lebih dikenali dengan nama PERKASA telah diasaskan pada 15 ramadan 1365 bersamaan 12 Ogos 1946 yang di naungi oleh Almarhum D.Y.M.M Sultan Ismail Nasiruddin Syah Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan dan Yang DiPertua Negeri Terengganu Darul Iman sehingga baginda mangkat pada 1979 dan dinaungi pula oleh D.Y.M.M Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Mulai 8 Oktober 2000. PERKASA mendapat ampun perkenan D.Y.M.M Tuanku Al-Wathiqu Billah Shah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah bagi menaungi PERKASA


Dato' Haji Wan Abd Rahman bin Long, Kadi besar terengganu pada masa itu telah mempelopori penubuhan dengan kerjasama pegawai-pegawai di jabatan hal ehwal Agama islam dan mendapat sokongan Pembesar Negeri Terengganu pada masa itu.

SEJARAH ASRAMA DARUL FALAH

Asrama Darul Falah telah ditubuhkan pada 30.7.1962 sebagai sebahagian dari aktiviti PERKASA dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim) yang miskin dan daif.

Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu yang miskin serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah percapaian akademik. Anak ini ditangung keseluruhannya sehingga boleh berdikari sendiri

Di ketuai oleh Allahyarham Dato' Haji Mohd Salleh bin Awang (Dato' Setia jasa) atau nama penanya MISBAHA " Pelopor Darul Falah" yang pada masa itu bertugas sebagai Pemeriksa Hal ehwal Agama Terengganu dengan penasihat utamanya , Mufti Kerajaan terengganu Sahibul Samahah Syed Yusof Al-Zawawi, dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PERKASA yang terdiri dari dikalangan guru-guru pelawat agama.

Darul Falah terletak diatas sebidang tanah seluas 3.587 ekar yang didermakan oleh tuan Haji Taib bin Ibrahim di kampung Padang Paksu Man, Bukit Payong, Marang. Terengganu. Bangunan pada masa itu didirikan secara gotong royong dan perbelanjaan hasil derma orang ramai yang berjumlah RM 60,000.00 dengan hanya menempatkan penghuni seramai 21 orang anak-anak yatim lelaki dari seluruh Terengganu, Perasmiannya telah disempurnakan oleh Almarhum DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu Darul Iman Pada13 Februari 1965 bersamaan 12 Syawal 1384.

Pada tahun 1993, kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan tanah di sempadan seluas 0.9775 ekar dan pada tahun 1996 pihak PERKASA telah membeli tanah bersebelahan seluas 1 ekar menjadikan tapak asrama ini seluas 5.5625 ekar sehingga kini.

Galeri:

Dato’ Haji Mohd Salleh bin Awang
(Dato’ Setia Jasa)
atau nama pena nya MISBAHA
D.S.M.T.,D.P.M.P., K.M.N., J.P., P.J.C., P.J.K.,
Hon. M (Litt. USM)
6.8.1971 – 23. 10. 1993



Selamat Datang ke Blog Asrama Darul Falah

Alhamdulilah..

syukur dengan limpah dah iradatnya dapat jugak kami melancarkan blog ini..untuk pengetahuan pelawat-pelawat sekelian..website asal kami iaitu www.darulfalah.com.my terpaksa di tutup di atas sebab-sebab tertentu di antaranya kami terpaksa membayar sewa domain dan hosting yang agak tinggi dan kesukaran dalam untuk mengemaskini website..Insya-Allah dengan adanya blog ini bagi mewakili sebuah institusi iaitu asrama darul falah yang membela anak-anak yatim di terengganu ini. kami mengalu-alukan pandangan dan nasihat dari semua... sekian, terima kasih.


This Blog is Protected. Copyright 2014 © Design By Cik Zaitul Aishah