Sunday, August 23, 2009

Permohonan untuk masuk ke Darul Falah

PERMOHONAN KEMASUKAN 2014

Permohonan untuk kemasukan ke asrama Darul Falah dibuka untuk tahun 2014. Syarat minimum untuk memasuki asrama ini iaitu:-

1. Kematian ayah atau kedua-duanya sekali.
2. Golongan yang berpendapatan rendah / susah / miskin tetapi ingin meneruskan persekolahan
3. Pengambilan bermula dari umur 10 tahun.

Borang permohonan boleh di muat turun dari laman web ini, borang fotostat juga diterima atau datang terus ke pejabat pentadbiran untuk berurusan.
Muat Turun Borang Permohonan:

Update borang untuk download dan print (copy dan paste kat address url)
http://www.scribd.com/doc/22941543/Borang-an-Masuk-Ke-Asrama-Darul-Falah


Sejarah PERKASA dan Darul Falah

Sejarah Persatuan kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu

Persatuan Kebajikan Islam Terengganu atau lebih dikenali dengan nama PERKASA telah diasaskan pada 15 ramadan 1365 bersamaan 12 Ogos 1946 yang di naungi oleh Almarhum D.Y.M.M Sultan Ismail Nasiruddin Syah Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan dan Yang DiPertua Negeri Terengganu Darul Iman sehingga baginda mangkat pada 1979 dan dinaungi pula oleh D.Y.M.M Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Mulai 8 Oktober 2000. PERKASA mendapat ampun perkenan D.Y.M.M Tuanku Al-Wathiqu Billah Shah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Al-Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah bagi menaungi PERKASA


Dato' Haji Wan Abd Rahman bin Long, Kadi besar terengganu pada masa itu telah mempelopori penubuhan dengan kerjasama pegawai-pegawai di jabatan hal ehwal Agama islam dan mendapat sokongan Pembesar Negeri Terengganu pada masa itu.

SEJARAH ASRAMA DARUL FALAH

Asrama Darul Falah telah ditubuhkan pada 30.7.1962 sebagai sebahagian dari aktiviti PERKASA dalam memperluaskan lagi usaha kebajikan khas bagi anak-anak kehilangan ibu bapa (yatim) yang miskin dan daif.

Misinya ialah untuk membela nasib anak-anak yatim dan yatim piatu yang miskin serta tiada penjagaan sempurna, tanpa mengira darjah percapaian akademik. Anak ini ditangung keseluruhannya sehingga boleh berdikari sendiri

Di ketuai oleh Allahyarham Dato' Haji Mohd Salleh bin Awang (Dato' Setia jasa) atau nama penanya MISBAHA " Pelopor Darul Falah" yang pada masa itu bertugas sebagai Pemeriksa Hal ehwal Agama Terengganu dengan penasihat utamanya , Mufti Kerajaan terengganu Sahibul Samahah Syed Yusof Al-Zawawi, dan dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PERKASA yang terdiri dari dikalangan guru-guru pelawat agama.

Darul Falah terletak diatas sebidang tanah seluas 3.587 ekar yang didermakan oleh tuan Haji Taib bin Ibrahim di kampung Padang Paksu Man, Bukit Payong, Marang. Terengganu. Bangunan pada masa itu didirikan secara gotong royong dan perbelanjaan hasil derma orang ramai yang berjumlah RM 60,000.00 dengan hanya menempatkan penghuni seramai 21 orang anak-anak yatim lelaki dari seluruh Terengganu, Perasmiannya telah disempurnakan oleh Almarhum DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu Darul Iman Pada13 Februari 1965 bersamaan 12 Syawal 1384.

Pada tahun 1993, kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan tanah di sempadan seluas 0.9775 ekar dan pada tahun 1996 pihak PERKASA telah membeli tanah bersebelahan seluas 1 ekar menjadikan tapak asrama ini seluas 5.5625 ekar sehingga kini.

Galeri:

Dato’ Haji Mohd Salleh bin Awang
(Dato’ Setia Jasa)
atau nama pena nya MISBAHA
D.S.M.T.,D.P.M.P., K.M.N., J.P., P.J.C., P.J.K.,
Hon. M (Litt. USM)
6.8.1971 – 23. 10. 1993



Selamat Datang ke Blog Asrama Darul Falah

Alhamdulilah..

syukur dengan limpah dah iradatnya dapat jugak kami melancarkan blog ini..untuk pengetahuan pelawat-pelawat sekelian..website asal kami iaitu www.darulfalah.com.my terpaksa di tutup di atas sebab-sebab tertentu di antaranya kami terpaksa membayar sewa domain dan hosting yang agak tinggi dan kesukaran dalam untuk mengemaskini website..Insya-Allah dengan adanya blog ini bagi mewakili sebuah institusi iaitu asrama darul falah yang membela anak-anak yatim di terengganu ini. kami mengalu-alukan pandangan dan nasihat dari semua... sekian, terima kasih.


This Blog is Protected. Copyright 2014 © Design By Cik Zaitul Aishah